Thursday, 16 February 2017

UMNO DIGESA LUPAKAN USUL PAS, PATUT FOKUS ISU EKONOMI.


SUMBER
Bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan usul presiden PAS dan permainan politik agama kerana ia akan menjejaskan kekuatan ekonomi negara.
Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata pelabur akan mentafsir sokongan kepada usul Hadi sebagai mengelak tanggungjawab memulihkan ekonomi, sementara bagi rakyat pula kepimpinan nampaknya lebih suka mempolitikkan agama.
“Jika Yang Amat Berhormat (Najib) menyokong RUU 355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya permainan politik untuk lari dari tanggungjawab yang amat mendesak iaitu memulihkan ekonomi.
“RUU 355 akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan mereka bimbang akan masa depan negara. Bila rakyat tidak yakin, ekonomi akan hilang kekuatan dan rakyat menjadi mangsa semata-mata kerana kepimpinan yang suka bermain politik dengan agama.”
Sheriff berkata demikian dalam kenyataan yang diterima FMT hari ini.
Selain Sheriff, yang juga bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, komponen Barisan Nasional dan pakatan pembangkang membantah atau sangsi dengan rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan atau dikhuatiri membuka ruang kepada pelaksanaan hudud.
RUU persendirian itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Merayu kepada sentimen Melayu dalam Umno, Sheriff memberi amaran kesan negatif daripada RUU 355 akan memberi kesan kepada kaum majoriti.
“Saya merayu YAB tidak menyokong RUU 355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi dan seterusnya merosotkan sentimen terhadap nilai mata wang ringgit.
“Akibatnya inflasi meningkat dan kehidupan rakyat akan merosot dan yang akan menanggung bencara ini kebanyakkan orang Melayu kita juga,” kata Sheriff.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui RUU yang dicadangkan tahun lepas mendepani usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Usul Hadi antara lain mahu meningkatkan kadar hukuman maksimum bagi kesalahan syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan.
Najib sebelum ini dilaporkan mempertahankan usul itu, mengatakan orang bukan Islam tidak perlu risau kerana undang-undang itu untuk orang Islam sahaja.
Sheriff mengirim surat terbuka hari ini ketika PAS bersiap sedia mengembleng sokongan untuk tunjuk perasaan menyokong usul Hadi di ibu negara pada Sabtu.

Wednesday, 15 February 2017

HAAA... APA LAGI HUSAM ? PAS CABAR TU.


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa yang didakwa mengatakan parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.
Laporan dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dan Pasir, Kelantan.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan pada sidang media hari ini menggesa Husam supaya menamakan individu yang didakwa menerima wang itu.
“Kalau betul ada, sebutkan nama supaya kita boleh cari siapakah orang yang beruntung mendapat RM90 juta tersebut, tapi kalau tak ada, jangan bertindak bacul,” katanya.

PAS TRENGGANU OK TAK ? PANGGUNG WAYANG KE 2 BAKAL BEROPERASI DI KUALA TRENGGANU


selepas kemaman, lebih tepat berlokasi di mesra mall yang ada panggung wayang, hujung bulan ini kuala trengganu bakal dapat satu lagi panggung wayang terbesar di sana.

boleh menempatkan hampir 1700 penonton, panggung wayang ini akan beroperasi pada hujung bulan ini di paya bunga sentral.

setelah hampir 22 tahun, panggung wayang ke 2 bakal beroperasi.

apa pandangan pas trengganu ?
dah berkira nak masuk dalam manifesto pilihanraya ke ?

PS.. kalau dulu hj hadi boleh kata perlembagaan malaysia ni jahiliah dan kafir, kemudian kata perlembagaan malaysia kita dukung...

apalah sangat panggung wayang .. dok gitu tuang haji ?


Tuesday, 14 February 2017

ECRL BAKAL LONJAK EKONOMI PANTAI TIMUR.


dalam kenyataan 2 hari lepas, ds najib bagitau penduduk bentong bakal menjadi bandar satelit KL.

ni kerana laluan ECRL dari gombak ke bentong hanya makan masa 25 minit, berbanding laluan jalanraya yang amik masa 90 minit.

tempias bukan takat bentong sahaja, malah kuala trengganu dan kota baharu.

pantai barat semenanjung, utara dan selatan dah ada lanskap infra yang baik.

pantai timur perlu dibangunkan dan ECRL ni boleh jadi bahan besar yang positif untuk rakyat pantai timur.

pandai pandailah orang kita ambil peluang.



DR ASRI PUNYA TEGUR PAS KALI NI MEMANG MAKAN DALAM. ( ISLAM BUKAN TAKAT MENGHUKUM AJE )


Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. 

Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. 

Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. 

Dunia Islam hari ini  dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. 

Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. 

Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.

Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.

Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump. 

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal. 

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan. 

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya. 

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Negeri Perlis
13 Februari 2017.

(Tulisan yang dipetik daripada laman Facebook DrMaza.com ini adalah jawapan kepada kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menggesa Mufti Perlis itu agar tidak mengelirukan masyarakat Islam berhubung Akta 355 -

Monday, 13 February 2017

PUTRAJAYA PERLU BUANG KAKITANGAN AWAM RENDAH SEKARANG.. ( SETUJU ATAU TIDAK )


SUMBER
Putrajaya perlu membuang kakitangan berjawatan rendah sementara ia masih mampu membayar pampasan, gesa seorang bekas pegawai kanan kerajaan.
Bekas setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim memberi amaran saiz perkhidmatan awam semasa akan menimbulkan masalah sekiranya berlaku masalah kewangan, lapor The Star.
“Birokrasi kerajaan berkembang dengan begitu besar sehingga ia bukan sahaja mengambil terlalu banyak sumber tetapi juga mewujudkan banyak kegagalan dalam ekonomi kewangan kami,” kata Sheriff di forum berkenaan tadbir urus sektor awam.
Menurut Sheriff, perkhidmatan awam semasa mempunyai kira-kira 1.6 juta orang penjawat bermakna Malaysia mempunyai nisbah penjawat awam kepada penduduk yang terbesar di rantau Asia Pasifik.
Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani baru-baru ini berkata ketika ini terdapat kira-kira 1 orang penjawat awam untuk setiap 19.37 orang penduduk, menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah.
Johari bagaimanapun berkata tiada rancangan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam.
Beliau juga dilaporkan berkata kerajaan tahun lalu membelanjakan RM74 bilion untuk membayar penjawat awam, meningkat daripada RM22 bilion pada 2003.
Sheriff memberi amaran sebarang kelewatan mengecilkan perkhidmatan awam boleh mencetuskan keadaan seperti krisis kewangan Greece.
Pada 2015, ekonomi Greece yang kekurangan wang membawa kepada pembekuan gaji dan pencen penjawat awam.
Sheriff berkata pembuangan penjawat awam perlu dilakukan sekarang ini sementara Putrajaya masih mampu daripada melakukannya ketika kurang berkemampuan.
Beliau berkata Malaysia boleh mencontohi kaedah negara lain seperti Indonesia, yang memberi kuasa kepada pegawai kanan kerajaan untuk memecat kakitangan yang tidak berprestasi.

RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP...

PAS menuduh Datuk Dr Asri Zainul Abidin “mengelirukan umat Islam”, selepas mufti Perlis itu semalam mempersoalkan beberapa hujah penyokong undang-undang syariah dan hukum hudud di Malaysia.
Dalam responsnya, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut menasihati Asri supaya tidak membawa apa yang dipanggilnya “pandangan songsang” selaku seorang mufti.
“Janganlah berdiri sebaris dengan golongan berfikiran liberal yang berusaha memandulkan sebarang usaha memperkasakan agama Allah,” katanya.
Semalam, Asri ketika bercakap di forum hudud anjuran sebuah pertubuhan tajaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, mengkritik penyokong undang-undang syariah yang menganggap pelaksanaan hukum hudud akan menunjukkan “keindahan Islam”.
“Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.
“Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” kata Asri pada forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud”, anjuran Angkatan Amanah Merdeka.
Menurutnya, wujud segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik, bukannya atas kecintaan terhadap agama.
Beliau turut melahirkan kebimbangan pelaksanaan syariah di Malaysia akan gagal seperti mana beberapa negara Islam lain seperti Pakistan dan Sudan.
SAMBUNG

Friday, 10 February 2017

3 BUKTI BARU DIDEDAHKAN ( TAHUNNYA PULA 1958/1966 MELEPASI TAHUN DAKWAAN SINGAPURA IAITU BUKTI SURAT 1953 )

SUMBER
 Sepucuk surat daripada pegawai tinggi tanah jajahan Singapura pada 1958, satu laporan kejadian membabitkan kapal tentera laut British pada tahun sama dan sebuah peta Singapura pada 1966 adalah bukti baru yang dikemukakan Malaysia untuk menuntut kembali Pulau Batu Puteh.
The South China Morning Post menerusi ruangan This Week in Asia mendedahkan dokumen mahkamah difailkan Malaysia pada 3 Februari lalu.
Malaysia mendakwa 3 dokumen itu mungkin dapat mengubah keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang memberikan kedaulatan pulau sebesar sebuah padang bola sepak itu kepada Singapura.
Dalam kenyataan terbarunya, Malaysia berkata, telegram sulit yang dihantar gabenor Singapura kepada setiausaha negara bagi tanah jajahan di London, pada 1958, menunjukkan beliau “tidak menganggap Pulau Pedra Branca/Pulau Batu Puteh sebahagian daripada wilayah Singapura”.
Gabenor itu mencadangkan sebuah koridor laut lepas antarabangsa diwujudkan “hanya 1 batu dari Pedra Branca/ Pulau Batu Puteh”, menurut dokumen mahkamah yang dilihat This Week in Asia.
“Jika beliau sudah faham atau dinasihatkan yang Pedra Branca/Pulau Batu Puteh di bawah kedaulatan Singapura, tiada keperluan untuk beliau menyokong pewujudan laluan antarabangsa begitu dekat dengan pulau itu,” kata kenyataan Malaysia.
Dokumen ke-2 ialah laporan satu insiden di mana kapal tentera laut British diarah mempertahankan perairan Singapura, “tidak menganggap perairan sekitar Pedra Branca/ Pulau Batu Puteh sebagai milik Singapura”.
Laporan kejadian itu yang dihantar kepada gabenor Singapura menyatakan sebuah kapal tentera laut British tidak dapat membantu kapal Malaysia yang diekori sebuah kapal perang Indonesia kerana ia “masih berada di perairan Johor”.
Dokumen ke-3 ialah sebuah peta bertarikh 1962, tetapi ditanda dengan tarikh Februari 1966, di mana kenyataan Malaysia berkata, ia menunjukkan perairan Singapura “tidak diperluaskan ke kawasan sekitar Pedra Branca/Pulau Batu Puteh”, menurut This Week in Asia.
Menurut kenyataan itu, Malaysia menjalankan penyelidikan di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 hingga 30 Januari 2017.
“Permohonan ini bukan rayuan terhadap penghakiman 2008. Sebaliknya, ia untuk memaklumkan mahkamah mengenai penemuan Malaysia baru-baru ini, iaitu walaupun selepas surat-menyurat 1953 dan ketika Singapura menjadi sebuah kawasan jajahan sendiri, Singapura, di peringkat tertinggi kerajaan itu tidak mempunyai pandangan ia mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh,” menurut dokumen mahkamah dipetik This Week in Asia.
“Singapura kemudiannya membawa penilaian ini ketika menyertai Malaysia pada 1963 dan susulan itu, penilaian itu kekal mengawal kemerdekaan Singapura pada 1965,” menurut dokumen itu.
“Ia adalah pertikaian Malaysia yang mahkamah akan terikat membuat kesimpulan berbeza mengenai soal kedaulatan ke atas Pedra Branca jika mereka menemui bukti baru ini.”
Malaysia pada 3 Februari lalu memfailkan semakan semula penghakiman ICJ pada 2008 ke atas Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.
Sabtu lalu, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam yang dipetik Channel NewsAsia berkata, sebuah pasukan undang-undang yang ditubuhkan republik itu akan meneliti dokumen dikemukakan Malaysia kepada ICJ serta memberi respon sewajarnya.
Menurut laporan itu, permohonan Malaysia perlu memenuhi kriteria khusus diperuntukkan Perkara 61 Statut ICJ, sebelum semakan penghakiman boleh dibuat.
Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 40km dari Singapura dan 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sementara Batuan Tengah adalah milik Malaysia dan Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan di mana pulau itu terletak.
Menurut laporan berkenaan, keputusan pada 2008 itu menamatkan pertikaian yang bermula apabila Malaysia mendedahkan sebuah peta pada 1979 yang menggambarkan pulau itu berada dalam perairan negara, menurut laporan itu.
Keputusan ICJ pada 2008 itu dibuat berdasarkan sepucuk surat pemangku setiausaha penjajah di Johor kepada pegawai Singapura, pada 1953, yang menunjukkan Malaysia tidak menyatakan pulau itu milik negara.

CADANGAN HARGA SILING PETROL.


Menteri Kewangan II, DS Johari Abdul Ghani, memaklumkan pene­tapan harga siling antara pilihan yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga minyak. 

DS Johari yang merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, apabila Kerajaan telah membuat keputusan mengenai harga siling, sama ada penggiat industri minyak dan gas mahu menjual minyak pada harga rendah bagi tujuan promosi, Kerajaan menyerahkannya kepada mereka. Ini antara pilihan yang Kerajaan sedang teliti.

ps ; jika difikirkan baik untuk rakyat, elok teruskan.. harga siling ni sekurang-kurangnya boleh memberikan semua pihak baik peniaga n rakyat untuk forecast bajet masing2.



Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2017/02/kerajaan-pertimbang-siling-bagi-harga.html#aZii3VGbv0x40C6F.99

Tuesday, 7 February 2017

MENGAPA PULAU BATU PUTIH TERLEPAS ?...



https://akarimomar.wordpress.com/2017/02/07/siasat-dan-dakwa-segera-mereka-yang-bertanggung-jawab-melepaskan-pulau-batu-putih-kepada-singapura/

KEPADA TMJ.. MALAYSIA PERNAH SERI DENGAN BANGLADESH.


TMJ dah dapat restu dari ayahandanya sultan ibrahim untuk dicalonkan menjadi presiden FAM.

bukan takat itu, hampir 14 wakil persatuan bolasepak negeri dah mengadap tuanku untuk menyatakan sokongan terhadap TMJ menjadi presiden FAM yang baru.

kepada TMJ...

kita pernah menonton secara langsung di stadium shah alam malaysia lawan bangladesh.

keputusannya, bangladesh  seri dengan malaysia.

harap TMJ penuhi hasrat rakyat malaysia untuk merealisasikan perubahan bolasepak malaysia.

dari segi pentadbiran dan ranking.
kami sokong anda jadi presiden FAM.

MURSIDUL AM PAS PUJI UMNO BANTAI DAP



DAP mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan Islam.


Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan DAP.

“Terkeluarnya DAP dari Barisan Alternatif pada 2001 kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam.

“Sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Hashim berkata, PAS tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP.

Monday, 6 February 2017

PULAU BATU PUTIH : KJAAN TEMUI BUKTI BARU DAN SEDIA TUNTUT SEMULA..


SUMBER
SINGAPURA: “Fakta baharu” yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) berhubung Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh merujuk kepada 3 dokumen yang ditemui di National Archives of the United Kingdom.
Dalam siaran media melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata, dokumen itu termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan sebuah peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari 1960-an.
Katanya, dokumen berkenaan ditemui di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017.
Menurut ICJ, Malaysia mendakwa dokumen berkenaan membentangkan fakta baharu mengenai pegawai tertinggi dalam pentadbiran tanah jajahan Britain dan Singapura memperakukan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh tidak menjadi sebahagian daripada wilayah berdaulat Singapura dalam tempoh berkenaan.
“Malaysia menegaskan mahkamah itu pasti mencapai kesimpulan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Puteh sekiranya ia dimaklumkan tentang wujudnya bukti baharu ini,” katanya.
ICJ berkata, merujuk syarat lain berhubung Perkara 61, Malaysia juga menegaskan fakta itu tidak diketahui Malaysia atau mahkamah itu ketika penghakiman mengenai kes berkenaan diumumkan kerana ia hanya ditemui ketika menyemak kembali fail arkib pentadbiran tanah jajahan, setelah arkib itu mendedahkan kepada umum bahan itu selepas penghakiman diumumkan pada 2008.
“Malaysia juga berhujah kegagalannya menyedari kewujudan fakta baharu itu bukan disebabkan kecuaian, tetapi kerana dokumen berkenaan merupakan dokumen sulit yang tidak boleh diperolehi pihak awam, sehinggalah ia dikeluarkan UK National Archives,” katanya.
ICJ berkata, Malaysia menegaskan permohonannya itu sejajar peruntukan Statut berkaitan pengaturan masa permohonan yang sudah ditetapkan.
“Ia menunjukkan permohonan itu dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas penemuan fakta baharu, memandangkan semua dokumen yang mengukuhkan fakta baharu itu hanya diperoleh pada atau selepas 4 Ogos 2016,” kata ICJ.
Menurut ICJ, Malaysia memohon mahkamah itu membuat penghakiman dan mengisytiharkan permohonannya untuk menyemak semula penghakiman pada 2008 diterima dan memohon mahkamah itu “menetapkan tempoh bagi membuat pertimbangan tentang merit permohonan berkenaan”.
Di Kuala Lumpur, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pasukannya terdiri daripada peguam, pegawai Jabatan Peguam Negara, beberapa profesor dan Queen Counsel terkenal yang dipilih dari United Kingdom serta beliau sendiri, memandangkan penghujahan secara lisan akan dilakukannya pada perbicaraan di ICJ, The Hague.
“Pada masa ini, kita sedang menunggu tarikh pengurusan kes dari ICJ, di mana pada akhirnya, tarikh perbicaraan akan ditetapkan,” katanya.
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan pula menjadi milik negara di perairan di mana pulau itu terletak.
Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.

Friday, 3 February 2017

ZURIAT : KJAAN KELANTAN BUKA PINTU POLIGAMI


Kerajaan Kelantan sedia membantu golongan lelaki sama ada bujang atau yang telah beristeri untuk berpoligami sebagai langkah untuk menambah zuriat di kalangan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, maklumat dan kaunseling untuk tujuan itu akan diberikan bagi memastikan anak yang lahir daripada perkahwinan ini  menjadi contoh umat Islam yang baik.

"Kerajaan Kelantan akan bantu kepada mereka yang mahukan anak dengan berkahwin lagi sama ada isteri kedua, ketiga atau keempat.


Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/03/kelantan-pintu-poligami/#Cx08QGkiRdZj1zGm.99

MISI FLOTILLA MYANMAR : 600 TAN BANTUAN DI HANTAR.



Misi Food Flotilla For Myanmar dilihat sebagai lambang penyatuan ummah kususnya umat Islam menerusi dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak rela melihat etnik Rohingya selaku saudara setauhid terus dizalami, dibunuh, dibakar dan diperkosa.

“Saya sudah kata sebelum ini, cukup sudah Rohingya dizalimi dan hari ini merupakan detik bersejarah buat Malaysia apabila kira-kira 2,200 tan makanan dan ubat-ubatan dihantar ke Myanmar,” katanya semasa berucap pada majlis merasmikan perlepasan Flotilla di sini hari ini.