Tuesday, 3 January 2017

DIKALA PEMIMPIN UMNO SIBUK NAK PIKAT PAS, PAS SELANGOR KATA UMNO DAH TAK RELEVAN !


PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) Selangor kehabisan modal dalam isu kontroversi membabitkan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) sehingga memaksa mereka menggunakan “protes tuala” untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengulas tindakan pemimpin Umno Selangor membisu dalam isu DEIG, terutamanya apabila pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) mengemukakan draf penambahbaikan enakmennya untuk disemak.
“Saya lihat Umno tidak ada isu yang dapat dimainkan untuk menyerang kerajaan Selangor. DEIG sudah diperbaiki untuk menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat Selangor.
“Umno sudah tidak relevan di Selangor sehingga memaksa mereka ‘bertuala’ di hadapan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) bagi mencari publisiti murah,” kata Adun Paya Jaras itu kepada FMT sebagai mengulas perkembangan isu DEIG.

4 comments:

  1. sudahlah jangan sombong bongkak..pas bukan kuat pun..eloklah rujuk kat apigs tu balik kalau tak nak kecundang..

    ReplyDelete
  2. di selangor pas masih ada exco, itu pasal mereka cakap itu macam. nak jaga periuk nak jaga tempat punggung boleh duduk. percakapan pas tidak akan sama jika berada di pulau pinang. biasa je cakap2 politik seperti itu. jangan ambil serius sangat

    ReplyDelete
  3. Alangkah malangnya rakyat Malaysia mendapat seorang PM yang bodoh, negara yang kaya raya suatu waktu dulu kembali menjadi negara haru-biru. Matawang jatuh merudum bagai tiada pengakhirannya.

    Ringgit cecah paras 4.5002

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230190

    ReplyDelete
  4. Pemimpin songlap dan rasuah dipuja melangit, sesiapa yang menegur dihina selalu. Itulah perangai Dajjal.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.