Wednesday, 11 January 2017

PRESIDEN FAS : YANG PALING LAYAK ADALAH RAJA MUDA SELANGOR


SUMBER


Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak layak menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), kata Ultras Selangor.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Hasfarizan berkata mereka tidak bersetuju dan menolak tawaran Jamal untuk menjadi presiden FAS kerana tidak mempunyai pengetahuan luas dalam sukan itu.
“Jamal bukan kenal sangat dengan bola sepak Selangor, jarang pergi stadium. Saya tidak tahu apa kelebihan Jamal sehingga merasakkan dirinya layak menerajui FAS. Apa yang saya lihat, tindakan beliau menawarkan diri menjadi presiden FAS tidak lebih daripada ingin mencari publisiti murahan,” katanya kepada FMT, hari ini.
Katanya, antara individu paling layak memegang jawatan presiden FAS adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, sekali gus dapat menggelakkan persatuan itu dipergunakan bagi tujuan politik.

1 comment:

  1. Raja muda selangor layak jd presiden fas....
    jamal pak tongkol layak jd presiden samseng umno malaysia hehehe...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.