Wednesday, 26 April 2017

AL FATIHAH UNTUK PELAJAR TAHFIZ INI.

The 11-year-old who slipped into a coma after undergoing surgery to amputate both his legs has died.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi died at 2.06pm at Hospital Sultan Ismail in Johor Bahru.
“He may have died due to his unstable heart condition,” Thaqif’s aunt Dzuraidah Ahmad told FMT when contacted.

Tuesday, 25 April 2017

PAS GEMPAK KUAT : TAKKAN SELANGOR JE, NEGERI LAIN MACAMANA ?


PAS sudah bersedia untuk “mengganggu” rancangan 1 lawan 1 pembangkang menentang BN di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Selangor.
Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerusi pembangkang lain bebas untuk dirampas jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai dengan PAS.
“Kita sedia bertanding di 45 kerusi DUN, 15 kerusi Parlimen jika tak terikat persetujuan 2013. Ini beri ruang kepada PAS bertanding mana-mana kerusi sebab parti lain akan bertanding di kerusi PAS jika tiada keputusan dibuat.
“Kita telah hantar calon-calon kita kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” kata Iskandar pada sidang media himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Semua rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan belum membuahkan hasil, manakala usul memutuskan hubungan dengan PKR akan ditentukan pada muktamar 27 April ini.

Friday, 21 April 2017

KENYATAAN MB GANU BIKIN PAS GANU SENAK PEROT..! TEBAIK BOH..


Kerajaan Terengganu akan menawarkan sistem sewa beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan Bukit Nanas di sini, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.


 Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata itu adalah janji kerajaan negeri kepada penyewa dua PPR itu, jika berjaya mengembalikan kerusi Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu daripada pembangkang, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti. "Kita ada 1,200 unit PPR Hiliran dan 500 unit di PPR Bukit Nanas ini.


PENGUNDI MELAYU PARLIMEN SEGAMAT : PANDAI-PANDAI LA KORANG. TAKKAN ITU NAK AJAR ?!




http://darulehsantoday.blogspot.my/2017/04/kami-tidak-perlukan-zakir-s-subramaniam.html

MENGAPA SALAHUDIN AYOB 'MALU' UNTUK GESA SPRM SIASAT JUGA AZMIN ?


semalam salahudin ayob ada  keluarkan kenyataan.

beliau menyebut SPRM juga harus membuka/menyiasat mb johor di atas isu salahguna kuasa/rasuah bekas exco latif bandi.

kata salahudin ayob, latif bandi tak mungkin bertindak berseorangan.

kenyataan ini dikeluarkan semalam.

manakala kelmarin pula , SPRM dan ke semua barisan jemaah exco negeri johor dah berjumpa untuk melakukan lafaz ikrar bebas rasuah ( IBR ) .

memahami konteks dan perbezaan 2 cerita.

di johor, latif bandi disabit tuduhan.
di selangor, ketua pemuda ampang di sabit tuduhan.

di johor, SPRM sudah melakukan siasatan dan pendakwaan ke atas latif bandi akan dilakukan hari ini. ( SPRM tiada sebutpun mengenai nama mb johor )

di selangor, ketua pemuda ampang telah disabitkan kesalahan AMLA. bukan setakat itu, beliau sewaktu dalam siasatan telah dilaporkan mengemukan bukti palsu.

di johor, latif bandi umum dah letak jawatan exco.
di selangor, ketua pemuda pkr buat tak tau je pasal jawatan.

di johor, menteri besar menyerahkan semuanya kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

di selangor, azmin ali kata tak perlu diletakkan kesalahan kepada ketua pemuda ampang.


selepas isu rasuah melibatkan pemimpin politik berlaku di johor dan selangor apakah tindakan responsif yang rasmi daripada 2 kerajaan negeri ini ?

kerajaan negeri johor menjemput SPRM untuk melafaz ikrar bebas rasuah.

di selangor... krik krik krik.

salahudin ayob yang menggesa SPRM menyiasat mb johor juga sepatutnya lebih transperan untuk mendesak SPRM menyiasat juga penglibatan zuraidah atau azmin ali.


zaman sekarang public sudah terbuka. politik senget sebelah dah takdak.

SPRM dalam kenyataannya semalam juga telah mengemukakan beberapa cadangan MANDATORI kepada kerajaan negeri johor dalam merubah skop dan teknikal tatacara prosedur tanah bumiputera.

azmin ali sewajarnya juga bertemu SPRM untuk merubah kaedah untuk mengelakkan lagi isu 'KEKAYAAN' ketua pemuda ampang berulang .

salahudin ayob jangan buat lupa mengenai pendedahan khalid ibrahim tentang azmin mengenai kecurigaan pembelian SPLASH..

DEIG ?
SPLASH ?

besar tu salahudin ayob. 




Thursday, 20 April 2017

MARA INC : TERUSKAN SPRM ...!



SUMBER


 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil sesiapa sahaja pihak berkaitan bagi memberi kenyataan untuk membantu siasatan kes pembelian hartanah oleh Mara Inc Sdn Bhd (Mara Inc) di Melbourne, Australia.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata individu yang akan dipanggil adalah mengikut keperluan siasatan, dan tidak semestinya bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Tambah Dzulkifli, sekiranya tiada keperluan individu berkenaan tidak akan dipanggil.


“Itu kita akan lihat keperluan siasatan. Sekiranya ada keperluan, kita akan panggil sesiapa sahaja dan tidak semestinya Datuk Shafie Apdal. Siasat saja (individu) yang boleh beri keterangan (atau) terlibat. Kita tengok dulu, kalau perlu kita panggil. Kalau tak perlu, kita tidak (panggil),” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama barisan Exco di Pejabat Menteri Besar Johor di Iskandar Puteri, Johor.

LAGI FITNAH TAHAP SANGAP PEMBANGKANG KEPADA SPR DAN BN.

kalau NGO bersih kasi propa pilihanraya di malaysia tak adil ini dah kedengaran lama.

bila kempen propa tak jalan, ong kian ming masuk kasi tambah lauk untuk perkuat hujah sistem pilihanraya tak adil.

trend dan kaedahnya sama.

kasi kompang teknikal tak adil TANPA BAGITAU BENDA YANG DI DAKWA TAK ADIL ITU SEBENARNYA ADA DALAM PROSES SISTEM PILIHANRAYA.

contohnya begini.

ong kian ming 2 hari lepas keluarkan kenyataan dan kompang kuat ramai pengundi baru tak boleh jadi pengundi rasmi pasal alamat tak lengkap, alamat meragukan.

jawapan pada propa di atas.  pihak yang terbabit ( ong kian ming ) punyai kelayakan UNTUK PROVE KAN VALIDITY DAKWAAN. rayu dan lawan semula.

memang termaktub boleh merayu dalam akta pilihanraya . takde nak selindung atau apa nya.

isu begini dah berlaku sejak 13 pilihanraya lepas.
sama kes, sama jawapan.

tak puas hati lawan dalam mahkamah.
begitu mudah nak heret SPR ke mahkamah. 

dah banyak kes pembangkang heret SPR dalam mahkamah. mahkamah decide SPR ada punyai justifikasi kebenaran dan menang.

yang terbaru 7 pengundi tarik diri daripada mengheret SPR ke mahkamah pasal takde cukup bukti. kantoi tak pasal2.

semalam minah pkr elizabeth wong kasi kompang merepek lagi.

dia dakwa 354 pengundi baru di subang DINAFIKAN/DIBANTAH pendaftarannya oleh parti umno.

dey minah... pas , pkr, dap, umno semua pernah buat benda sama.

setiap entiti punyai HAK MEMBANTAH pendaftaran pengundi baru JIKA WUJUD ELEMEN MERAGUKAN SEPERTI identiti, alamat dsbnya.

dulu pas paling banyak buat bantahan begini. iaitu bantahan pengundi baru yang nampak elemen meragukan.

dalam undang-undang MEMBENARKAN bantahan begini.

tambah minah pkr, ada orang kat pejabat SPR kasi wang kepada 'pembantah' ini... wah ini betul fitnah tahap sangap ni.

membantah pengundi meragukan termasuk dalam elemen public inquiry, yang dibenarkan dalam perlembagaan malaysia.

membantah bagi mengelakkan pengundi hantu.

tak puas hati.. heret SPR masuk mahkamah. senang lawan dalam court !



Wednesday, 19 April 2017

ONG KIAN MING MAIN KOMPANG.. KE LAUT BUNYINYA !


semalam ong kian ming keluarkan kenyataan media.

dia bising pasal ramai pendaftar baru tak boleh mengundi. dia punya detail siap bagitau lokasi parlimen dan dun mana yang terbabit.

beberapa hari sebelum itu mereka pergi pejabat SPR selangor. macam biasa la, propa kompang untuk bikin drama.

hakikatnya kalau ikut cerita , SUSUR GALUR apa-apa bantahan mengenai penolakan SPR terhadap perkara meragukan adalah biasa.

dah 13 kali pilihanraya umum. begitulah cerita dan jalannya. akan ada persempadanan semula dan pengundi baru,

jika tak puas hati , boleh buat objection kat SPR.

dah termaktub dalam undang-undang. semua parti tahu prosedur ini.

yang ong kian ming buat bising semalam adalah.

DIA HAIRAN SPR TOLAK PENGUNDI PASAL ALAMAT MERAGUKAN.

DIA HAIRAN PEMGUNDI DITOLAK PASAL ALAMAT TAK DAPAT DIKESAN.

OKB TAK HADIR BANTAHAN.

3 perkara yang AMAT BIASA KEDENGARAN KALAU NAK DEKAT PRU.

jadi tugas ong kian ming bukannya bising pasal 3 faktor kat atas, sebaliknya KENA PROVE KAN kat SPR lah validity claim yang mereka kata.

kalau masih tak puas hati, lawan aje dalam mahkamah.

kan senang.

kompang kasi kurang kian ming.

ANAK HADI JADI KETUA PEMUDA PAS.. HEHE


Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak presiden PAS, semalam diumumkan ketua Pemuda PAS baru menggantikan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang tidak mempertahankan jawatannya.
Khalil yang merupakan anak sulung Datuk Seri Abdul Hadi Awang, merupakan timbalan ketua Pemuda PAS, dan diumumkan menang tanpa bertanding.
Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Pemuda Khairil Nizam Khiruddin dan Naib Ketua, Ahmad Fadhli Shaari.

Tuesday, 18 April 2017

SPRM MAHU KERAJAAN ISTIHAR RASUAH MUSUH SATU NEGARA


The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) wants the government to declare corruption and power abuse as the country's number one enemy.
Its chief commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad said that corrupt enforcement officers and individuals, entrusted with power, have contributed to the widespread of negative issues including drugs, illegal immigrants, smuggling, leakages of national revenue, border issues, financial crimes, gambling, and prostitution.
During a dialogue session with senators which also attended by Datuk Seri SA Vigneswaran in Parliament today, Dzulkifli said all these issues could tarnish the country's image in the eyes of the world.
“One of the reasons why corruption and power abuse still exist is because enforcement agencies fail to carry out the responsibilities entrusted to them,” he said.
Dzulkifli requested the senators to lend their courage and support and be with the Commission to urge the government to declare corruption as the country's number one enemy.

Wednesday, 12 April 2017

APA CERITA PAS NAK TANDING KERUSI DAP ?


14 disember 2016 pas kata nak tanding di kesemua kerusi DAP..

semalam pas umum nak tanding 80 kerusi parlimen ..ikutkan kerusi melayu..80 kerusi tak cukup untuk pas tubuh kerajaan baru gagasan sejahtera...


SYABAS SPRM KERANA MENUNAIKAN JANJI !


syabas SPRM.. 
2 bulan lepas kepimpinan tertinggi SPRM ada keluarkan kenyataan.

SPRM akan melakukan siri penahanan/tangkapan terhadap kesemua suspek rasuah tiap-tiap minggu tanpa henti.

SPRM menunaikan janji mereka apabila kali ini 2 orang berpangkat di pulau pinang telah ditahan kerana menyalahgunakan kedudukan mereka dalam isu penjualan tanah.

minggu lepas ada. 2 minggu lepas ada. bulan lepas banyak. tak larat nak tulis tapi itulah komitmen SPRM yang cuci habis isu rasuah.

samada salah atau betul, berpangkat atau tidak jika dah kena tahan lawanlah dalam mahkamah.

kalau salah tak perlu takut.

syabas pengurusan SPRM, datok zul,datok azam dan semua.. malaysia sokong SPRM.

GUAN ENG GEMPAK SPR...SEMALAM SPR GEMPAK BALIK GUAN ENG !

minggu lepas guan eng kata nak heret SPR ke mahkamah.

dalam propa guan eng ..GUA ADA PENDEDAHAN MENGEJUTKAN.

tajuk guan eng memang gempak. macam biasa portal belah sana kasi up ini cerita jadi tajuk besar.

wah apa pendedahan guan eng ni ?
orang penang tak boleh mengundi ke ?
orang melayu je ke boleh mengundi ?

tajuk gempak perlu untuk menarik perhatian. 

tapi sayangnya lepas guan eng kata tajuk gempak GUA ADA PENDEDAHAN MENGEJUTKAN.. guan kata  errrr nanti gua dedahkan.

aiseyman.. takpe ahli politik perlu sensasikan isu. apatahlagi guan eng yang nampaknya penasaran menghitung hari kalau PRU 14 dap menang lagi di penang... boleh kah dia jadi ketua menteri ?

ini pasal dap penang dah konsensuskan pendirian ketua menteri mestilah berjawatan penting dalam hirarki kepimpinan dap penang..

maka propa guan eng nak selamatkan penang nampak macam hero lah .. paham paham.. :)

guan eng gempak SPR.
hari ini SPR gempak balik guan eng.

pengerusi SPR dato seri hashim mohd hashim bagitau kepada guan eng persilakan jumpa dan heret SPR ke mahkamah.

kata pengerusi SPR..

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR tidak akan menghalang sebaliknya melihat perkara itu jalan penyelesaian terbaik.
“Kita tidak boleh halang, ini bukan kali pertama, penjelasan akan diberi di mahkamah dan kita serah kepada mahkamah untuk buat keputusan,” katanya selepas merasmikan Program #Jom Kita Daftar Undi – Singgah Mesra SPR di Kampung Ruat hari ini.

kata SPR, memang itulah jalan terbaik untuk sebarang protes pilihanraya dilakukan protesnya iaitu mahkamah...

cuma nak bagitau guan eng..

sejak tahun lepas SPR dah menang banyak kes dalam mahkamah.

kes sarawak SPR menang.
kes haris fadilah SPR menang.
kes nurul izah SPR menang.
kes maria chin SPR menang.
kes 7 pengundi tarik balik tuduhan SPR menang.
kes zairil pun kantoi.

jadi kalau kalah jangan kata mahkamah tak adil. jangan fitnah kata SPR takut untuk lawan dalam mahkamah.


Tuesday, 4 April 2017

PHD PALSU : ONG KIAN MING DICABAR DEDAH SIAPA AHLI PARLIMEN ITU ( JANGAN PROPA AJE )

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming hari ini mendakwa ada di kalangan ahli parlimen memiliki kelulusan akademik kedoktoran falsafah (PhD) palsu.
Malah katanya, kelulusan palsu ini bukan sahaja melibatkan PhD malah di peringkat sarjana.
“Sebenarnya saya sudah bangkitkan isu ini beberapa kali di mana ada YB yang duduk di dalam dewan (Parlimen) ini, yang mempunyai ijazah palsu, bukan saja PhD (doktor falsafah) tapi di tahap Master (sarjana) juga,” katanya ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching (BN-Tawau) di Parlimen hari ini.
Wakil rakyat DAP itu bagaimanapun tidak menyatakan siapakah ahli parlimen yang dimaksudkannya itu.
Menurut Kian Ming lagi, beliau akan mengemukakan bukti mengenai dakwaannya berhubung pemegang Dr palsu tersebut.
“Menteri, saya akan beri bukti nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Mary Yap berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil beberapa langkah bagi mengekang penyalahgunaan status pemilikan Ijazah Kedoktoran (PHD) palsu.
Mary Yap berkata, antara langkah yang diambil KPT termasuk membangunkan pangkalan data khas bagi menyemak kesahihan status pemegang PHD individu.
“Pangkalan data yang sedang dibangunkan itu akan mengandungi senarai nama semua pemegang PHD yang sah daripada universiti awam dalam negara ini.
“Ia akan membolehkan orang awam menyemak dan mengesahkan status PHD seseorang,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa-BN) di Parlimen, hari ini.
– SH

AISEYMAN BERSIH KALAH LAGI DALAM MAHKAMAH.


dalam keputusan mahkamah semalam, 7 pemohon ( balaci bersih ) yang cuba untuk batalkan proses persempadanan semula  parlimen/dun kedah , johor dan perak menarik balik permohonan.

mereka menarik balik kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar/mengheret SPR dalam isu persempadanan semula.

kan dah kata.

nak lawan kena ada fakta. research kena buat. baca basic undang-undang persempadanan semula . fahamkan sebab dan aturan.

persempadanan semula ni kan ada termaktub dalam perlembagaan.
kaedahnya diikuti kemas oleh SPR.
takde benda nak sembunyi pun.

dah nak masuk 14 kali pilihanraya umum, banyak kali dah persempadanan semula berlaku.

bersih nak propa apa lagi. 

kan dah kesipuan :)